Posts

BAB 10: JENIS AYAT

BAB 10: JENIS AYAT 1)AYAT PENYATA Definisi:   1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. 2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Ayat contoh: a) Pelajar-pelajar sedang  mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini. c) Dia suka menonton rancangan televisyen. d) Datuk sedang berehat di ruang tamu. e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.   2) AYAT SERUAN Definisi: 1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya. 2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan. 3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya. Ayat contoh: a) Amboi, cantiknya gadis itu! b) Wah, mahalnya baju ini! c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini! d) Cis, berani kamu pukul saya! e) Syabas, kamu telah m

BAB 9:LARAS BAHASA

BAB 9:LARAS BAHASA LARAS BAHASA Perbincangan mengenai laras bahasa tidak dapat terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan penggunaan ialah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza, misalnya dialek Kelantan, Melaka, Sarawak dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras. Ini disebabkan penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau-senda adalah berbeza daripada kata –kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan tempat, disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial. Manakala penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daera

BAB 8: RAGAM AYAT

BAB 8: RAGAM AYAT                                                                      1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat. 2. Subjek ialah perkara yang diceritakan. 3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ). 4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna. Contoh : subjek predikat 1. Afendi 2. Kakak 3. Ibrahim 4. Zulkfli 5. Ayam itu guru menyapu sampah. bermain bola sepak. Minum teh asyik berkokok. Ragam Ayat 1. Terdapat  empat  jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:                         (a) ayat penyata;                         (b) ayat tanya;                         (c) ayat perintah;                         (d) ayat seruan. 2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:       (a) Ayat penyata 1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal. 2. Ayat penyata dikenali juga sebagai