MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA
KARANGAN 1 :
KARANGAN 2 :
Kesan-kesan Masalah Gejala Sosial
Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.
Kesan Ke atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
Kesan Ke atas Masyarakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
Kesan Ke atas Negara
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.
Gejala sosial dalam kalangan remaja
Karangan: Gejala sosial dalam kalangan remaja
MASALAH
SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA
Masalah sosial dalam kalangan remaja merupakan fenomena yang
semakin membimbangkan kita pada hari ini. Masalah seperti penagihan dadah,
salah laku pelajar, pergaulan bebas dan sebagainya semakin berleluasa dan kian
meningkat. terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial
dalam kalangan remaja ini.
Salah satu daripanya ialah krisis keluarga yang menyebabkan
kwalan sosial ke atas anak-anak diabaikan. Ibu bapa yang sering bertengkar
sudah pasti tidak dapat mengasuh dan mendidik anak-anak mereka dengan baik dan
sempurna. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada dalam kalangan ibu bapa yang
sibuk dengan tugas mereka di pejabat sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka
untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka. Akibatnya, terdapat anak-anak yang
melarikan diri daripada rumah, bergaul dengan rakan-rakan yang tidak sepatutnya
dan dari situlah bermulanya segala masalah sosial yang disebut di atas.
Di samping ibu bapa, masalah ini juga berpunca daripada pengaruh
media massa. Dalam zaman teknologi yang berkembang pesat ini, para remaja mudah
terdedah kepada pelbagai pengaruh yang negatif melalui internet dan banyak
saluran yang laim sehingga minda mereka mudah diracuni oleh unsur-unsur yang
kurang sihat. Di sampin itu, tuntutan modenisasi yang turut memberikan tekanan
kepada remaja yang inginkan kebebasan untuk lepas daripada kongkongan ibu bapa
dan menuntut hak individu juga memyebabkan remaja menolak autoriti ibu bapa
yang mengawal tingkah laku mereka.
Masalah sosial ini juga berkait rapat dengan kemerosotan
disiplin di sekolah. Disebabkan ada segelintir pihak sekolah yang tidak
mengenakan hukuman yang tegas terhadap pelajar-pelajar yang melanggar disiplin,
maka mereka ini akan berani untuk melakukan perbuatan yang sama. Tabiat buruk
ini akan dibawa oleh mereka apabila meninggalkan bangku persekolahan kelak. Hal
ini sudah tentu akan memberikan persepsi yang negatif oleh masyarakat terhadap
mereka dan juga menyukarkan proses kemasukan ke pendidikan tinggi serta alam
pekerjaan memandangkan testimoni pelajar oleh pihak sekolah bersifat negatif.
Untuk mengurangkan masalah sosial ini, ibu bapa haruslah
mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni serta ajaran-ajaran agama yang
sempurna kepada anak-anak supaya mereka menjadi remaja yang bermoral dan berakhlak
mulia. Ibu bapa perlu memahami masalah anak-anak mereka dan menjadikan anak
mereka sebagai kawan dan bukannya lawan. Selain itu, ahli keluarga yang lain
seperti abang dan kakak juga berperanan dalam memastikan adik-beradik dipantau
dengan sempurna.
Di peringkat sekolah pula, para guru amat berperanan dalam
mengawal pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. Sikap lepas tangan
sesetengah guru seharusnya tidak dicontohi kerana pelajar merupakan
tanggungjawab mereka ketika berada di sekolah. Para guru juga harus peka dan
sentiasa terbuka kepada mendengar masalah pelajar serta menasihati mereka
secara baik. Di samping itu, disiplin di sekolah juga perlu dipertingkatkan.
Hubungan erat antara ibu bapa dan guru perlu dipertingkatan supaya ibu bapa
sentiasa mendapat maklum balas daripada guru yang mengajar anak-anak mereka.
Pihak sekolah juga seharusnya memperhebatkan Unit Kaunseling untuk membantu
pelajar-pelajar yang bermasalah supaya mereka tidak berasa terpinggir.
Kesimpulannya, untuk membendung masalah sosial ini daripada
terus menular, pihak-pihak yang terlibat harus berganding bahu dan memainkan
peranan masing-masing. Jika semua pihak dapat mengemblengkan usaha dalam
mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ini, sudah pasti masalah ini
dapat diselesaikan sehingga ke pakar umbi.
Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari
ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu,
masyarakat dan Negara. Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan
sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka
panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat
pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian
meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh
dari mata masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri
bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang
buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja
yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri,
keluarga, masyarakat, dan negara.
Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.
Kesan Ke atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
Kesan Ke atas Masyarakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
Kesan Ke atas Negara
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.
KARANGAN 3 :
Punca-Punca Dan Langkah-Langkah
Membendung Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja
Sejak akhir-akhir ini, gejala sosial dalam kalangan
remaja semakin membarah. Setiap hari terdapat paparan berita mengenai gejala
negatif ini sehingga menggugat kesejahteraan masyarakat dan negara. Situasi ini
amat membimbangkan semua pihak kerana remaja merupakan tonggak harapan masa
depan negara. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang pertambahan kes gejala
sosial ini.
Antara faktornya ialah kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.
Institusi keluarga juga semakin rapuh pada masa ini lantaran ibu bapa sibuk
mencari kekayaan. Demi kesibukan tersebut menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai
masa untuk mendidik anak-anak mereka dengan agama dan nilai kerohanian. Ini
menyebabkan jiwa anak-anak kosong kerana tidak diberikan input agama yang dapat
membentengi mereka daripada pengaruh negatif. Oleh itu, ibu bapa mestilah lebih
prihatin terhadap kegiatan masa lapang anak-anak mereka. Sikap ini amat penting
supaya anak-anak tidak terperangkap dalam gejala ini yang dipasang oleh
sindiket-sindiket yang berkepentingan kerana sindiket ini merekrut anak-anak
yang datang daripada keluarga yang bermasalah untuk menjalankan kegiatan
gengsterisme. Ibu bapa haruslah menutup ruang ini serapat-rapatnya agar
sindiket tersebut tidak mempunyai ruang untuk meracuni pemikiran anak-anak.
Di samping itu, pengaruh rakan sebaya. Apabila anak-anak meningkat remaja,
hubungan dengan ibu bapa semakain renggang sebaliknya anak-anak lebih rapat
dengan rakan sebayanya. Hubungan yang rapat ini menyebabkan sesetengah anak
mudah meniru perlakuan negatif yang dilakukan oleh rakannya. Oleh itu, remaja
mestilah mempunyai jati diri yang utuh agar tidak mudah dipengaruhi oleh
rakan-rakan yang bermasalah. Remaja perlu bijak memilih rakan kerana kajian
mendapati bahawa remaja pada masa ini lebih banyak menghabiskan masa mereka
bersama dengan rakan-rakan berbanding dengan keluarga. Remaja perlu menjauhkan
diri daripada rakan-rakan yang berperangai buruk dan cuba mempengaruhi mereka
melibatkan diri dalam kegiatan sosial ini. Kegagalan remaja memiliki jati diri
boleh membinasakan masa depan remaja lantaran pujukan rakan yang bermasalah
ini.
Gejala sosial meningkat kerana banyaknya tekanan yang
dihadapi oleh remaja pada masa ini. Tekanan tersebut berupa harapan ibu bapa
yang tinggi kepada mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Apabila mereka gagal mencapai tahap yang diharap, mereka sering
dipersalahkan. Remaja terlibat dengan gejala ini untuk melepaskan tekanan
tersebut. Oleh itu, kaunselor sekolah perlu lebih proaktif untuk mendekati dan
membimbing pelajar-pelajar yang terlibat dalam gejala ini. Program-program
sahsiah dan motivasi perlu diadakan bagi membina jati diri dan wawasan yang
tinggi dalam kalangan pelajar. Malahan, aktiviti lasak yang dapat membina semangat
perlu diadakan supaya para pelajar sentiasa positif, kuat jati diri dan
proaktif.
Gejala sosial meningkat kerana pengaruh media massa.
Sejajar dengan konsep globalisasi, banyak hiburan khususnya dari barat menerjah
masuk ke negara kita. Remaja tidak mahu menjadi seperti katak di bawah
tempurung itu mudah terpengaruh oleh paparan hiburan di media massa yang
menampilkan pergaulan bebas, pakaian seksi, budaya kelab malam serta penagihan
dadah. Pihak kerajaan perlu memperbanyak pusat-pusat rekreasi dan riadah untuk
remaja mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah. Sebagai contohnya,
pembinaan gelanggang badminton dan futsal dapat menjadi tempat kepada remaja
untuk bermain permainan tersebut. Permainan seperti ini dapat mengelakkan
remaja daripada membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bersatu hati dan berganding bahu untuk
mengambil tindakan yang konkrit dan proaktif bagi menangani masalah gejala
sosial. Punca ini harus ditangani kerana gejala sosial ini seperti kanser yang
boleh memudaratkan kesejahteraan masyarakat dan Negara. Sekiranya perkara ini
diambil berat, gejala ini dapat diatasi dengan mudah. Jelaslah bahawa peranan
dan tanggungjawab semua pihak sangat penting bagi mengurangkan berlakunya
gejala sosial ini.
KARANGAN 4 :
Gejala sosial dalam kalangan remaja
GEJALA sosial merupakan satu
amalan tidak sihat yang sering dikaitkan dengan remaja pada masa kini. Gejala
atau masalah yang ketara yang dapat kita lihat dalam masyarakat kita pada hari
ini adalah seperti masalah atau gejala samseng atau gangsterisme, seks bebas,
pembuangan bayi, merempit atau lumba haram, penyalahgunaan dadah, minum arak
dan ponteng sekolah. Gejala-gejala seperti ini dapat mendorong seseorang
remaja terjebak ke lembah yang boleh merugikan diri sendiri, keluarga,
masyarakat dan negara. Seringkali kita dengar berbagai-bagai berita buruk yang
sering disiarkan dikaca-kaca televisyen, di corong-corong radio mengenai
masalah ini terutamanya kes pembuangan bayi, kes gangster (buli), dadah,
ponteng sekolah dan lain-lain lagi. Zaman remaja merupakan zaman yang
sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang
individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka.
Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk
melakukan pelbagai perkara tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Oleh sebab
itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke lembah gejala sosial
yang tidak sihat ini. Jika kita teliti dengan mendalam terdapat banyak
punca kenapa golongan remaja mudah terjebak dalam kancah gejala sosial. Antara
punca-punca berlakunya masalah ini adalah kurangnya didikan agama dalam
keluarga, ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan harian mereka sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa terhadap anak-anak.
Selain itu, berpunca daripada pergaulan bebas, kurangnya kasih sayang ibu bapa
dan sebagainya. Hal ini, menyebabkan remaja sekarang terlalu bebas untuk
melakukan apa sahaja tanpa berfikir terlebih dahulu sama ada perkara yang
dilakukan itu baik ataupun buruk. Oleh itu, masalah ini haruslah dibendung
daripada sekarang agar tidak menyesal dikemudian hari terutamanya ibu bapa. Ibu
bapa perlulah meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak di rumah,
memberikan perhatian yang penuh kepada anak-anak agar mereka lebih berasa
disayangi. Selain itu, pendidikan agama juga haruslah ditekankan dalam
hidup anak-anak supaya mereka berakhlak mulia dan tahu membezakan yang mana
baik dan yang mana buruk. Oleh itu, masalah ini perlu dikawal sejak dari rumah
dan perlu diterapkan sejak kecil lagi agar dapat melahirkan generasi yang elok
perangai dan akhlaknya pada masa hadapan bak mengikut peribahasa Melayu iaitu
“sediakan payung sebelum hujan”.
Kurangnya nilai dan pegangan agama yang kukuh maka tidak mustahillah iman
seseorang itu akan goyah terutamanya insan yang baru hendak mengenal
selok-belok kehidupan di dunia ini yang penuh dengan segala cabaran dan dugaan
hidup. Ajaran agama perlulah diterapkan sejak dari rumah lagi. Ibu bapa
bertanggungjawab dalam memberikan ajaran agama yang sempurna untuk membentuk
akhlak anak-anak supaya lebih baik dan dapat membezakan antara yang baik dan
buruk. Jika ibu bapa tidak menerapkan ajaran agama dalam diri remaja,
sedikit sebanyak remaja tersebut kurang panduan dalam menghadapi cabaran sosial
yang serba mencabar ini. Pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri remaja
sejak kecil lagi. Ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis
sebenarnya sudah cukup menyeluruh untuk dijadikan panduan hidup dalam menerangi
kegelapan. Islam sudah menerangkan secara jelas tentang bahana atau hukuman
setiap gejala sosial jika dilakukan oleh orang Islam.
Jika panduan agama ini dijadikan satu pegangan yang kukuh dalam
diri maka, secara tidak langsung gejala sosial tidak akan wujud dalam negara
dan ia dapat dibendung dengan baik sekali. Hal ini tidak hanya berfokuskan
kepada penganut agama Islam sahaja, agama-agama lain juga seperti agama hindu,
buddha, kristian dan lain-lain mencegah sekeras-kerasnya penganut mereka
melakukan perkara-perkara yang tidak baik yang boleh menimbulkan kerumitan
dalam hidup. Sekiranya ajaran atau didikan agama yang sempurna maka, hidup
manusia dalam keluarga, masyarakat dan negara akan aman dan bebas daripada
segala gejala sosial yang timbul seperti lumba haram, dadah, bergaduh dan
sebagainya.
Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan tugas masing-masing merupakan salah satu
punca berlakunya gejala sosial ini. Majoriti pada zaman sekarang ibu bapa boleh
dikatakan 80% bekerja kedua-duanya sehinggakan kualiti masa untuk bersama
dengan anak-anak di rumah tiada, menyebabkan kehidupan seharian anak-anak
terabai dan secara tidak langsung nilai kasih sayang juga
berkurangan. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil
berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu peranan dan
mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya
mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain
itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada
mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan
mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak
bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan
terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa
untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Tetapi dunia hari ini,
disebabkan kesibukkan itu ibu bapa semakin merasakan berada di zon selesa.
Ibu bapa merupakan insan yang paling terdekat dengan anak-anak atau remaja. Ibu
bapa haruslah meluangkan lebih banyak masa dengan anak remaja mereka di rumah.
Menerapkan nilai-nilai kasih sayang yang mencukupi serta ajaran atau didikan
agama yang sempuran untuk membentuk keperibadian yang sempurna dan
mulia. Selain itu juga, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah
menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu
bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan
masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa
hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik
ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian
terbaik. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengenali rakan anak-anak remaja
mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka
ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa
harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang
tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibu bapa sangat penting untuk
kesejahteraan hidup anak-anak dan juga ia membawa keberkatan dalam hidup
seharian.
Peranan pihak sekolah terutamanya guru-guru merupakan satu langkah yang perlu
diambil serius. Guru-guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik,
tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah
guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan
masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai pemerintah
dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi,
bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan
menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran. Oleh
itu, guru perlulah pandai mengambil hati murid-murid mereka juga agar suasana
yang sihat dapat diwujudkan.
Kesan ke atas individu itu sendiri iaitu remaja yang terlibat. Seseorang insan
yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada
kotoranya, ia terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak
mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak
yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan
dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh
masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya
remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan
ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyakan remaja muslim pada hari ini
tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa
dan negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan
memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu sehingga boleh
membawa kepada kerosakkan diri sendiri akibat daripada tindakan bodoh yang
dilakukan itu.
Seterusnya, kesan kepada keluarga. Akhlak seseorang individu remaja yang baik
dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan
bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan
memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu
institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian
dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian.
Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara,
seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya
masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah,
pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
Secara kesimpulannya, kita semua haruslah bertindak dengan lebih pantas dan
tuntas dalam menangani masalah gejala sosial ini agar tidak terus merebak
menjadi lebih parah lagi. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan,
tetapi apa yang lebih penting ibu bapa mestilah memainkan peranan dan
tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan
remaja.Dengan kata lain, walauapapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak,
tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi. Seseorang
individu (remaja) mestilah memikirkan terlebih dahulu apa yang hendak dilakukan
dan kesan yang bakal mereka hadapi agar tidak menyesal dikemudian hari.
Masalah sosial haruslah dipandang serius oleh semua pihak kerana
para remaja merupakan aset yang penting untuk pembangunan negara pada masa yang
akan datang. Justeru, semua pihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab
untuk menangani masalah sosial supaya para remaja tidak terjerumus dalam gejala
sosial tersebut. Sekirannya negara bebas daripada segala gejala sosial ini
maka, negara dapat melahirkan generasi yang bersih daripada segala
masalah dan generasi yang dilahirkan ini dapat menerajui negara kita ke arah
Wawasan 2020 serta dapat membentuk sebuah negara yang aman, damai dan
harmoni. Selain itu, kehidupan seharian dapat dijalankan tanpa ada sedikit
perasaan risau atau bimbang dengan masalah-masalah yang akan berlaku. Oleh itu,
semua pihak perlu berganding bahu tanpa menunding jari kepada satu pihak sahaja
untuk menangani masalah gejala sosial ini. Muafakat bersama akhirnya akan
membawa berkat dalam kehidupan kita.
KARANGAN 5 :
Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa
ke semasa. Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa
khususnya. Masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan
sebagainya semakin hangat diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah menjadi
isu yang serius dipaparkan didada-dada akhbar kebelakangan ini. Oleh itu, kita
tidak seharusnya memandang enteng akan masalah tersebut. Terdapat beberapa
punca berlakunya masalah sosial ini terjadi kepada golongan remaja khususnya.
Antara punca berlakunya gejala sosial ialah masalah hal keluarga yang dihadapi
dalam sebuah keluarga. Pertengkaran ataupun perbalahan antara ibu bapa yang
berlarutan memberi impak yang besar terhadap anaknya tanpa mereka sedari.
Masalah tersebut banyak berlaku apabila kedua orang tua yang disayangi
mengambil keputusan untuk menamatkan hubungannya dengan erti kata lain berpisah
mendorong anak untuk mencari kehidupan yang lebih baik diluar dengan melakukan
aktiviti yang kurang sihat iaitu melepak. Perasaan inginkan hiburan adalah
lumrah kehidupan individu dengan bertujuan melepaskan tekanan dan melupakan
masalah yang berlaku keatas dirinya. Percampuran pergaulan denagn golongan yang
kurang adab dan tidak membawa kebaikan membuatkan mereka menjadi lebih liar dan
turut kurang akhlak dalam dirinya. Lebih membimbangkan apabila mereka berasa
kawan lebih penting dari keluarga. Hal ini kerana, sikap ambil berat seseorang
terhadapnya menimbulkan perasaan rasa kurang kasih saying atau perhatian
daripada ibu bapa. Hal ini juga berpunca disebabkan oleh ibu bapa yang tidak
mengambil berat serta memandang rendah tentang masalah ynag dihadapi oleh anak
mereka. Selain itu, anak-anak yang kurang mendapat perhatian ibu bapa akan
mengambil tindakan yang salah tanpa berfikir panjang seperti terbabit dalam
pelbagai masalah gejala sosial. Jika dibiarkan gejala melepak ini berlarutan
kemungkinan akan mendatangkan pandangan yang kurang enak dari negara luar
yang beragama islam terhadap gaya hidup masyarakat kita. Justeru itu, imej
negara kita akan tercemar hanya disebabkan masalah gejala melepak ini. Maka,
ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak dari awal lagi bak
kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, ibu bapa juga
perlu mengetahui dan mengenalpasti latar belakang kawan agar anak tidak
terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. Malahan, pihak polis perlulah kerap
melakukan rondaan ditempat-tempt yang menjadi sasaran remaja melepak. Dengan usaha
yang dilakukan dapat mengurangkan masalah gejala sosial sekaligus masalah
jenayah di negara kita.
Tambahan pula, masalah buli juga merupakan salah satu gejala sosial yang
semakin berleluasa. Ini disebabkan remaja mudah terpengaruh dengan
keadaan sekeliling dan juga aksi ynag ditayangkan di media massa. Kita dapat
menyaksikan betapa aksi-aksi ganas yang ditanyangkan sebenarnya boleh
mendatangkan kesan negatif terhadap remaja khususnya untuk turut mencuba
melakukannya. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru mempengaruhi
diri dan terus melakukannya tanpa memikirkan akibat atau kesan terhadapnya
malah keluarganya. Malahan, kebanyakan pihak sekolah yang buntu dalam mencari
jalan bagi mengatasi masalah tersebut membuatkan mereka makin naik lemak dan
berani melakukan lebih sehingga melibatkan kes pembunuhan. Apa yang lebih
membimbangkan adalah sikap belas kasihan dalam diri si pembuli langsung tiada
sehinggakan tidak kisah jika tindakannya sampai ke tahap pembunuhan. mengapa hal
ini terjadi? Masalah ini sering terjadi adalah kerana sikap ibu bapa yang
kurang memberi didikan agama dan lebih mengisi masa dengan mencari punca
pendapatan daripada memberi perhatian sepenuhnya terhadap anak. Justeru itu,ibu
bapa yang tidak mahu mengambil tahu akan masalah yang dihadapinya di sekolah
iaitu remaja. Implikasinya, kurang keyakinan diri akibat dibuli. Selain itu,
perasaan takut muncul untuk ke sekolah akibat daripada perbuatan ini. . Dengan
itu, kempen mengatasi masalah buli perlu diadakan dengan lebih kerap di sekolah
dengan bertujuan bagi mendedahkan dengan lebih terperinci dan lebih dalam akan
keburukan membuli. Malah, ibu bapa perlulah sentiasa menyuarakan dan menanyakan
masalah yang dihadapi remaja dan memberi cadangan untuk menyelesaikannya.
Melalui cara yang santai ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan turut
sama menyelami hati dan keinginan mereka.
Seterusnya, masalah ponteng sekolah. Senario ponteng sekolah bukanlah masalah
sosial baru di kalangan pelajar sekolah di negara ini. Daripada keseluruhan
pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97% adalah
dari kalangan pelajar lelaki dan 3% adalah kalangan perempuan. Masalah ponteng
sekolah lebih ketara berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah iaitu
tingkatan 2 dan 3 terutama mereka yang bersekolah di kawasan Bandar dan sekolah
di pinggir Bandar. Di antara faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini ialah
tiada minat atau motivasi untuk ke sekolah, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh
persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah dan melayari
internet di cyber cafe.
Perkara kepada suka mencuba ini adalah berkait rapat dengan lumba haram juga.
Gejala lumba haram mula popular dikalangan remaja sekitar akhir tahun 90 an.
Alasan sering kali diutarakan oleh remaja yang menyertai lumba haram ini adalah
inginkan kebebasan dan keseronokan. Kebiasaannya, hadiah yang dipertandingkan
dalam perlumbaan haram ini adalah wang pertaruhan yang diperolehi dari penonton
dan gadis remaja daripada kumpulan yang kalah. Mereka tidak ketinggalan menggunakan
dadah. Kumpulan lumba haram ini tidak takut kepada pemantauan pihak polis dan
yang paling teruk mereka tidak takut mati setiap kali berlumba. Tidak menjadi
masalah besar buat mereka seandainya mereka pernah terbabit dalam kemalangan
atau rakan mereka maut ketika berlumba. Kumpulan ini mempunyai perasaan setia
kepada kumpulan masing-masing dan sanggup terlibat dalam pergaduhan. Motosikal
yang digunakan untuk perlumbaan haram kebiasaannya telah diubah. Peratusan
remaja yang terlibat dalam perlumbaan haram ini semakin meningkat dan pihak
polis sendiri semakin kerap membuat pemantauan bagi mengurangkan kes lumba
haram sekaligus mengurangkan kadar kemalangan ngeri akibat perlumbaan tersebut.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan peranan yang besar dan penting dalam
mendidik anak dan mencorak akhlak anak agar menjadi insan yang berguna kelak.
Malah ibu bapa sebenarnya merupakan insan yang menjadi role moden terhadap
anaknya. Jika elok peridadi diri kedua orang tuanya maka elok jugalah kelakuan
anaknya bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tidak dinasi. Selain itu,
didikan agama yang lebih mendalam sejak kecil lagi perlu diterapkan agar mereka
tahu baik buruk sesuatu perkara sebelum melakukannya agar mereka dapat membezakan
perkara yang boleh mendatangkan akibat yang besar terhadap mereka juga
keluarganya. Di sekolah pula, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting
dalam pemantauan pelajar sekolahnya. Hal ini kerana guru merupakan orang
penting yang kedua selain ibu bapa. Kempen tentang bahayanya dadah ataupun
akibat berlakunya gejala sosial perlu diadakan dengan lebih kerap dan lebih
terperinci agar mereka mengetahui dengan lebih dalam sesuatu jenayah. Perhatian
yang sempurna daripada pihak guru juga perlu dititikberatkan kerana remaja
gemar disayangi dan mereka juga berasa bahawa mereka memerlukan tempat bermanja
selain daripada kedua ibu bapanya. Nasihat dan teguran sekiranya mereka
melakukan kesalahan memberi impak yang besar agar mereka tidak lagi mengulangi
perkara yang boleh mendatangkan rasa kekecewaan dalam diri orang yang mereka
sayangi.
Disamping itu, pihak polis perlu kerap mengadakan pemantauan
agar masalah gejala sosial seperti melepak dan lumba haram dapat dikurangkan
dan sekaligus dapat mengurangkan kadar jenayah dalam negara kita.
Sekiranya hal ini dibiarkan ataupun dipandang enteng sahaja akan memberi kesan
yang buruk terhadap imej negara kita. Malah, kadar jenayah semakin meningkat
dan kemungkinan perasaan belas kasihan sudah tiada dalam diri seseorang
individu. Kadar jumlah anak luar nikah juga akan meningkat dari semasa ke
semasa jika gejala buruk seperti ini makin berlarutan. Imej keluarga juga turut
terjejas dan menjadi buah mulut orang sekeliling. Disebabkan akan hal tersebut,
kurang keyakinan diri dalam diri seseorang individu akan makin menguasai diri
dan akan terlahirlah golongan remaja yang tidak progresif, aktif dan berkerjaya
dalam negara kita. Negara kita juga akan menjadi lebih kucar-kacir keadaannya
di masa akan datang. Ini kerana bakal pemimpin negara iaitu remaja yang
merupakan generasi y memiliki akhlak yang kurang dan juga lebih mementingkan
keseronokan hidup daripada memikirkan perkara yang berkaitan dengan isu-isu
negara. Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari
instirusi kekeluargaanlah kebahagiaan dan keharmoniaan sesuatu masyarakat itu
terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan
hilangnya kebahagiaan dan keharmoniaan yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak
seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah
institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan
sesebuah akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberi kesan yang besar ke
atas kebahagiaan dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat
daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan
pastinya akan berlaku penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan
terbiar dan tidak terpelihara. Seterusnya hilang tempat bergantung dan
bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial seperti diatas yang telah
dibincang.seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci
kain putih yang tiada kotornya. Ianya terpulang pada seseorang individu itu
bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan
dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding
dengan individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara yang negatif akan
dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang
bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan
perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
Sebaliknya, kebanyakkan muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran
islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak
dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang
mendalam dalam diri seseorang itu.
Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa masalah sosial pada masa kini
sangat berleluasa, ia bukan sahaja melibatkan golongan dewasa malah juga
golongan remaja terutamanya pelajar sekolah. salah satu masalah sosial
yang dilakukan ialah kegiatan menghidu gam. Pada kebiasaannya kegiatan ini
berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor misalnya seperti kurangnya
perhatian ibubapa, pengaruh rakan sebaya, remaja yang inginkan untuk mencuba
sesuatu yang baru dan juga pengaruh keluarga. Justeru itu mereka
melakukan kegiatan tersebut khususnya kegiatan menghidu gam sehingga akhirnya
boleh memberikan impak dan kesan bukan sahaja kepada diri seseorang remaja itu
sendiri, malah juga kepada keluarga, pendidikan dan juga masyarakat serta
negara. Oleh yang demikian, bagi menghindari perkara atau kegiatan ini dari
terus berleluasa, kita atau pihak yang berkenaan hendaklah sentiasa membentuk
beberapa langkah dan strategi bagi mengatasinya masalah sosial ini khususnya
bagi kegiatan Menghidu gam.
Comments
Post a Comment