CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH PENGANGGURAN

KARANGAN 1 :

LANGKAH MENANGANI PENGANGGURAN SISWAZAH

NEGARA kita pernah mengalami kemelesetan ekonomi pada pertengahan tahun 1980-an.Ketika itu berbagai-bagai langkah telah diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah pengangguran di kalangan tenaga kerja khususnya lepasan universiti.Salah satu langkah yang dilaksanakan ketika itu ialah Operasi Isu Penuh yang diinisiatifkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Menerusi operasi atau skim tersebut, lepasan universiti diambil bekerja dengan jabatan dan kementerian dengan diberi tugas di peringkat pengurusan pertengahan dan diberi elaun yang berpatutan.
Begitu juga dengan lepasan sekolah yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sama ada di benarkan memasuki tingkatan enam walaupun memperolehi keputusan lemah atau diberi pekerjaan di peringkat perkeranian dengan tangga gaji yang munasabah.Langkah tersebut berjalan lancar dan masalah pengangguran dapat dikurangkan atau diatasi dengan secara positif.
Maka, apabila Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mustapha Mohamed mengumumkan bahawa kementeriannya bercadang untuk memperkenalkan skim latihan keusahawanan kepada para graduan kita yang akan memasuki pasaran tenaga kerja pada pertengahan tahun ini, sudah tentu rakyat menyambutnya dengan perasaan lega. Ini kerana sekurang-kurangnya ia menunjukkan bahawa kerajaan sememangnya bersedia dan bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk menangani masalah pengangguran ketika negara menghadapi kegawatan ekonomi.
Langkah tersebut dapat diambil sebagai kata pepatah, 'menyediakan payung sebelum hujan,.Dengan cara ini kerajaan tidak akan terperangkap dalam situasi yang sukar apabila keadaan benar-benar gawat dan memerlukan suatu penyelesaian yang konkrit. Malah dengan pelaksanaan skim itu, kementerian pembangunan usahawan jelas bersiap sedia untuk membolehkan lebih 30,000 graduan yang akan memasuki pasaran kerja dengan persiapan yang praktis.
Sewajarnya, ini adalah suatu langkah proaktif yang patut disokong. Ini kerana menerusi skim ini para graduan akan terdedah kepada dunia kerjaya dengan lebih cepat dan dapat mempersiapkan diri mereka bagi memenuhi kehendak profesion yang diceburi.Dalam keadaan kegawatan ekonomi ini sudah tentu masalah untuk menyediakan pekerjaan kepada lepasan universiti akan menjadi suatu masalah besar.
Kita berpendapat para graduan patut menerima dan menyertai skim ini dengan hati yang terbuka dan sedar akan pentingnya mereka berada dalam keadaan yang tidak seindah yang diidam-idamkan.
Mereka perlu ingat bahawa menerusi latihan yang diberikan sudah tentu mereka akan dapat mengaut banak pengetahuan dan pengalaman yang boleh memperlengkapkan diri mereka apabila menerjuni bidang yang lebih mencabar setelah mereka ditawarkan pekerjaan apabila ekonomi pulih.
Justeru, apa yang penting ialah sikap para graduan itu yang mesti bersedia menerima apa saja mata gaji yang ditawarkan, atau elaun yang diberikan ketika latihan. Mereka perlu dimotivasikan bahawa adalah lebih baik menyertai skim latihan daripada duduk di rumah tanpa melakukan sebarang pekerjaan.
Perlu juga diterapkan ke pemikiran mereka bahawa ramai orang yang telah diberhentikan kerja dan terpaksa hidup tanpa pekerjaan dan gaji untuk menyara hidup. Hal ini patut mereka mengambil iktibar.


KARANGAN 2 :
 Punca-Punca dan Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Masalah Pengangguran.

Di dalam bumi yang fana ini, kemelut sosial terutama sekali di Singapura semakin bermaharajalela mutakhir ini. Cabaran globalisasi yang serba menghimpit telah menyebabkan pengangguran berlaku. Ramai yang mencari jalan lain semata-mata untuk mendapatkan wang dengan masa yang cepat. Pengangguran juga telah menyumbang kepada masalah sosial dan kes jenayah yang semakin genting. Perdana Menteri Singapura telah menasihati rakyat Singapura agar berfikiran terbuka dan jangan terlalu memilih perkerjaan kerana kegawatan ekonomi dijangka tidak akan berakhir dengan masa yang cepat. Pada pendapat saya pula, memang betul kata-kata perdana mentari. Jika kita memilih pekerjaan, tentunya kita tidak akan mendapat pekerjaan tersebut dan ini akan menyumbang kepada masalah pengangguran yang boleh didefinasikan sebagai masa semasa ramai yang tidak mempunyai pekerjaan.
Saya bersetuju dengan pernyataan di atas tetapi tidak seratus peratus. Memang tidak dinafikan bahawa pengangguran berpunca daripada sikap rakyat Singapura yang terlalu memilih pekerjaan tetapi ia masih boleh diperdebatkan lagi. Sikap rakyat Singapura yang terlalu memilih telah menyebabkan kadar pengangguran meningkat secara drastik. Ramai yang mahu pekerjaan yang berkolar biru dan bergaji lumayan. Tetapi semua ini sukar didapati terutama sekali apabila kegawatan ekonomi sedang berlaku. Rakyat Singapura tidak seharusnya bersifat cerewet. Sikap terlalu memilih pekerjaan bukan seluruh punca pengangguran. Memang ia punca utama bagi masalah ini tetapi terdapat juga punca-punca lain.

Punca yang seterusnya ialah bilangan rakyat Singapura yang semakin meningkat. Dengan perkara ini berlaku, lebih ramai rakyat Singapeura, lebih sedikitlah peluang pekerjaan yang ada. Lebih ramai rakyat Singapura juga bermakna orang yang lebih pandai, rajin dan efektif juga turut meningkat. Lantas, peluang pekerjaan yang ada tentunya akan diberi kepada orang yang kemampuan, kebolehan dan kelayakkan tinggi. Punca ini akan membuat masalah pengangguran lebih mencabar dan berpanjangan. Ini bermakna, punca ini amat serius juga dibandingkan denga punca utama iaitu, sikap memilih pekerjaan kerana semakin ramai yang menjadi pandai tetapi ekonomi akan mengambil yang terbaik sahaja dan meninggalkan yang lain, tidak mempunyai pekerjaan.
Punca yang ketiga ialah kemelesetan ekonomi. Kemelesetan ekonomi telah menyebabkan gaji terpotong, kelayakan pekerja dipertinggikan dan semua ini menyumbang kepada masalah pengangguran. Kemelesetan ekonomi tidak dijangkakan untuk berakhir begitu cepat. Justeru itulah rakyat Singapura disuruh bersikap terbuka. Tetapi rakyat Singapura ramai yang keras kepala dan enggan berbuat demikian. Bersikap terbuka bukan sahaja contoh langkah yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah pengangguran.
 Terdapat banyak lagi langkah-langkah yang boleh dijalankan. Ayuh kita menganalisa langkah-langkah untuk mengurangkan pengangguran.
Langkah utama adalah untuk bersikap terbuka. Dengan bersikap terbuka, yang bermakna menerima pekerjaan yang bergaji rendah dan menerima pekerjaan itu walaupun ia bukan pekerjaan yang berkolar biru, rakyat Singapura sekurang-kurangnya akan mendapatkan pekerjaan, lantas mendapatkan wang untuk membayar atau membeli barang keperluan seharian. Ia lebih bagus dari tidak mempunyai sembarang pekerjaan dan akan hidup menderita selepas itu. Rakyat Singapura pun boleh berkerja sambilan juga, kami dapat mengalami cara berkerja yang lain dan dapat menambah pengetahuan kita juga.
Langkah yang seterusnya ialah mempelbagaikan sektor ekonomi. Dengan mempelbagaikan sektor ekonomi, lebih banyak peluang pekerjaan yang boleh didapati. Dengan cara ini juga keberatan seseorang pekerja akan dikurangkan kerana akan ditugaskan oleh orang lain. Cara ini juga akan membawa kebaikan kepada eknomi, orang yang berkerja dan orang yang akan mendapat atau mencari pekerjaan. Cara ini boleh mengurangkan masalah pengangguran secara mendadak. Ekonomi seharusnya memikirkan tentang cara penyelesaian ini kerana ia akan membawa kebaikan kepada semua orang.

Langkah yang terakhir ialah untuk meningkatkan kebolehan dan kelayakkan. Mereka boleh meningkatkan kebolehan dan kelayakkan dengan cara menghadiri kursus, melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan sebagainya. Cara ini akan membolehkan rakyat Singapura untuk memiliki peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan pekerjaan kerana banyak ekonomi, terutama sekali masa kini apabila Singapura sedang menghadapi kemelesetan ekonomi, akan mengambil calon pekerjaan yang tentunya terbaik, dan ada kelayakkan yang tinggi terutama sekali pelajaran yang tinggi. Dengan cara ini, setiap individu harus berkerja keras sendiri untuk mencapai semua ini kerana tidak ada orang laing yang boleh membantu kati memiliki sesuatu ilmu kecuali diri kita sendiri.
Lantas, saya bersetuju bahawa pengangguran berpunca daripda sikap rakyat Singapura yang terlalu memilih tetapi tidak seratus peratus kerana terdapat punca-punca yang lain yang menyumbang ke masalah tersebut dan terdapat langkah-langkah yang boleh diambil oleh rakyat Singapura tetapi ramai yang tidak mahu mencuba untuk memperbaiki keadaan dengan cuba berfikiran terbuka dan melakukan sesuatu yang lebih untuk mendapatkan pekerjaan.


 KARANGAN 3 :

Langkah-langkah Atasi Pengangguran di Malaysia


Kegawatan ekonomi menyebabkan jumlah penganggur di negara ini meningkat dengan begitu ketara sekali sehingga menimbulkan kebimbangan semua pihak. Jumlah penganggur yang tinggi untuk membuktikan kegagalan pihak kerajaan untuk mengatasi kemelut yang melanda ekonomi negara kerana terlalu bergantung kepada perkembangan ekonomi negara luar seperti Amerika Syarikat. Pihak media massa turut menyiarkan program yang menceritakan pengalaman penganggur untuk berjaya dalam hidup jadi bukti bahawa polemik pengangguran di negara ini mula menjadi isu politik juga. Sebenarnya, ada banyak langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah pengangguran ini jika mereka mahu bertindak.

Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni menelan bilion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan dijalankan secara serentak kerana jika semua projek pembangunan dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan pemberian bebas cukai kepada industri yang tidak membuang pekerjanya. Pelbagai insentif ini mampu menguatkan semangat kepada ahli perniagaan untuk mencuba melakukan sesuatu yang baru dalam perniagaannya dan juga mengharungi cabaran kegawatan ekonomi dengan lebih terbuka dan rasional kerana menyedari bahawa pihak kerajaan berusaha untuk menyelamatkan mereka juga. Semua idea baru yang diperkenalkan sudah pasti mampu memberikan suntikan kepada ahli perniagaan untuk meneruskan kerja mereka tanpa perlu membuang pekerja sebaliknya mereka mungkin memerlukan lebih ramai pekerja untuk mengambil kesempatan yang wujud itu. Maka, kerajaan perlu memberikan idea-idea baru yang mampu memudahkan ahli perniagaan untuk menjalankan peranan mereka dengan lebih efektif.

Selain itu, usaha untuk memperkenalkan negara harus ditingkatkan oleh kerajaan menerusi pameran dan kunjungan rombongan ekonomi ke negara-negara lain. Lawatan sebegini menyebabkan lebih banyak negara luar menyedari kelebihan dan kepentingan mendirikan perniagaan di Malaysia berdasarkan maklumat yang tepat diperoleh daripada ahli-ahli rombongan ini. Kemasukan lebih banyak model asing ke negara ini sudah pasti mampu menjana lebih banyak aktiviti ekonomi bersama-sama dengan pakej ekonomi yang sebelum ini ditawarkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi. Hal ini membutkikan bahawa usaha memperkenalkan negara ke mata dunia amat penting terutama jika semua rombongan ini digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak hanya sebagai satu lawatan sahaja.

Pihak swasta pula terutama ahli perniagaan turut mempunyai perana tersendiri yakni mereka perlu sanggup berkorban ketika negara mengalami masalah kegawatan ekonomi ini. Pengorbanan mereka itu boleh dijelmakan dalam bentuk mengurangkan gaji atau ganjaran buat mereka dalam bentuk bonus dan sebagainya supaya wang itu boleh digunakan untuk memastikan syarikat terus wujud lalu tidak membuang pekerja yang boleh menambahkan jumlah pengangguran. Kehidupan mereka yang sudah lama hidup mewah perlu dikorbankan demi kemajuan negara pada masa hadapan kerana jika mereka masih mengaut keuntungan menerusi gaji dan bonus yang tinggi sudah pasti syarikat mereka akan kekurangan sumber kewangan untuk mengharungi zaman kemelesetan ini. Oleh itu, pihak swasta harus juga memikirkan orang lain dan tidak hanya mamu menyelamatkan diri mereka sahaja dalam kegawatan sebegini.

Manakala pihak individu pula harus lebih positif mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan cuba meningkatkan lagi kemahiran diri mereka seperti menyambung belajar, mengambil kursus jangka pendek dan meningkatkan prestasi diri. Sikap suka meningkatkan kebolehan diri memastikan seseorang pekerja itu terus dihargai oleh syarikat dan kemungkinan untuk dibuang kerja amat tipis. Malah, jika mereka dibuang kerja pun, golongan yang positif seperti ini akan mudah menerima kerja baru kerana mereka memiliki kemahiran lain yang sudah pasti diperlukan oleh syarikat lain pula atau mungkin mereka boleh bekerja sendiri berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini. Lantaran itu, semua orang harus melihat pendidikan sebagai satu proses jangka masa panjang dalam hidup seseorang itu dan tidak menganggap pelajaran tamat selepas meninggalkan bangku sekolah sahaja.

Kesimpulannya, masalah pengangguran ini memang boleh mencetuskan ketidakstabilan jika negara gagal mengawalnya dengan baik berdasarkan pengalaman negara-negara jiran kita terutama Indonesia. Pihak kerajaan bersama-sama swasta perlu menyedari betapa pentingnya sikap bekerjasama untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa yang terdekat ini. Tanpa kerjasama masalah ekonomi akan terus wujud lalu menimbulkan banyak masalah kepada rakyat untuk mencari peluang kerja yang baik terutama golongan muda yang baru sahaja keluar dari sekolah.


KARANGAN 4 :




LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU PENGANGGURAN

 Kegawatan ekonomi menyebabkAn jumlah penganggur di negara ini meningkat dengan begitu ketara sekali sehingga menimbulkan kebimbangan semua pihak. Jumlah penganggur yang tinggi membuktikan kegagalan pihak kerajaan untuk mengatasi kemelut yang melanda ekonomi negara kerana terlalu bergantung kepada perkembangan ekonomi negara luar seperti Amerika Syarikat. Pihak media massa turut menyiarkan program yang menceritakan pengalaman penganggur untuk berjaya dalam hidup menjadi bukti bahawa polemik pengangguran di negara ini mula menjadi isu politik juga. Sebenarnya, ada banyak langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah pengangguran ini jika mereka mahu bertindak.
Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni menelan berbilion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan dijalankan secara serentak. Apabila semua projek pembangunan dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan.
Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan pemberian bebas cukai kepada industri yang tidak membuang pekerjanya. Pelbagai insentif ini mampu menguatkan semangat kepada ahli perniagaan untuk mencuba melakukan sesuatu yang baru dalam perniagaannya dan juga mengharungi cabaran kegawatan ekonomi dengan lebih terbuka dan rasional kerana menyedari bahawa pihak kerajaan berusaha untuk menyelamatkan mereka juga. Semua idea baru yang diperkenalkan sudah pasti mampu memberikan suntikan kepada ahli perniagaan untuk meneruskan kerja mereka tanpa perlu membuang pekerja sebaliknya mereka mungkin memerlukan lebih ramai pekerja untuk mengambil kesempatan yang wujud itu. Maka, kerajaan perlu memberikan idea-idea baru yang mampu memudahkan ahli perniagaan untuk menjalankan peranan mereka dengan lebih efektif.
Selain itu, usaha untuk memperkenalkan negara harus ditingkatkan oleh kerajaan menerusi pameran dan kunjungan rombongan ekonomi ke negara-negara lain. Lawatan sebegini menyebabkan lebih banyak negara luar menyedari kelebihan dan kepentingan mendirikan perniagaan di Malaysia berdasarkan maklumat yang tepat diperoleh daripada ahli-ahli rombongan ini. Kemasukan lebih banyak model asing ke negara ini sudah pasti mampu menjana lebih banyak aktiviti ekonomi bersama-sama dengan pakej ekonomi yang sebelum ini ditawarkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi. Hal ini membuktikan bahawa usaha memperkenalkan negara ke mata dunia amat penting terutama jika semua rombongan ini digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak hanya sebagai satu lawatan sahaja.
Pihak swasta pula terutama ahli perniagaan turut mempunyai peranan tersendiri yakni mereka perlu sanggup berkorban ketika negara mengalami masalah kegawatan ekonomi ini. Pengorbanan mereka itu boleh dijelmakan dalam bentuk mengurangkan gaji atau ganjaran buat mereka dalam bentuk bonus dan sebagainya supaya wang itu boleh digunakan untuk memastikan syarikat terus wujud lalu tidak membuang pekerja yang boleh menambahkan jumlah pengangguran. Kehidupan mereka yang sudah lama hidup mewah perlu dikorbankan demi kemajuan negara pada masa hadapan kerana jika mereka masih mengaut keuntungan menerusi gaji dan bonus yang tinggi sudah pasti syarikat mereka akan kekurangan sumber kewangan untuk mengharungi zaman kemelesetan ini. Oleh itu, pihak swasta harus juga memikirkan orang lain dan tidak hanya mamu menyelamatkan diri mereka sahaja dalam kegawatan sebegini.
Manakala pihak individu pula harus lebih positif mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan cuba meningkatkan lagi kemahiran diri mereka seperti menyambung belajar, mengambil kursus jangka pendek dan meningkatkan prestasi diri. Sikap suka meningkatkan kebolehan diri memastikan seseorang pekerja itu terus dihargai oleh syarikat dan kemungkinan untuk dibuang kerja amat tipis. Malah, jika mereka dibuang kerja pun, golongan yang positif seperti ini akan mudah menerima kerja baru kerana mereka memiliki kemahiran lain yang sudah pasti diperlukan oleh syarikat lain pula atau mungkin mereka boleh bekerja sendiri berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini. Lantaran itu, semua orang harus melihat pendidikan sebagai satu proses jangka masa panjang dalam hidup seseorang itu dan tidak menganggap pelajaran tamat selepas meninggalkan bangku sekolah sahaja.
Kesimpulannya, masalah pengangguran ini memang boleh mencetuskan ketidakstabilan jika negara gagal mengawalnya dengan baik berdasarkan pengalaman negara-negara jiran kita terutama di Indonesia. Pihak kerajaan bersama-sama swasta perlu menyedari betapa pentingnya sikap bekerjasama untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa yang terdekat ini. Tanpa kerjasama masalah ekonomi akan terus wujud lalu menimbulkan banyak masalah kepada rakyat untuk mencari peluang kerja yang baik terutama golongan muda yang baru sahaja keluar dari sekolah.

KARANGAN 5 :
Punca-punca dan Cara-cara Mengatasi Pengangguran

Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga.

Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya.

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang medorong isu ini berlaku.

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangn kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.

Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar.

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan petrumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai.

Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan atu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak.

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.

Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.
















                                                        









Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

BAB 9:LARAS BAHASA

STRESS