KEPENTINGAN MEMPERTAHANKAN UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN

KARANGAN 1 :

Tajuk : Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional

 memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan traSebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.
        Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.
        Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.
        Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negaradaripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

        Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah. Ayuh kita main congkak!

disional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.



KARANGAN 2 :

Usaha mengekalkan budaya warisan rakyat malaysia

Peribahasa Melayu jelas menyatakan bahawa “tak basah dek hujan, tak lekang dek panas”. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi. Yang berlaku sekarang, kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Budaya “punk” dan “gortik” umpamanya menerapkan unsur bawah tanah, yakni alam kematian dan keseronokan yang bertunjangkan keghairahanmelalui penggunaan pil khayal dan dadah. Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang mengenali dan menghargai pakaian tradisional? Golongan yang muda masih bermain permainan tradisional mahupun suka akan makanan tradisional? Oleh hal yang demikian, remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita.

Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan daripada nenek moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan asal usulnya kecuali berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Bak kata peribahasa, “tak kenal maka tak cinta”. Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Jikalau warisan acara merejam lembing dan wushu dapat diketengahkan ke arena sukan dunia, bagaimanakah pula dengan wau dan gasing? Saya berpendapat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Kita harus menghargai warisan rakyat Malaysia sebelum warisan ini diapresiasi oleh orang asing.

Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman daripada amalan tersebut. Di samping itu, kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut. Antara pantang larang yang penting ialah anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur. Selain itu, kita diajar tidak memakai kasut di dalam rumah dan bercakap sewaktu menikmati hidangan. Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga. Oleh itu, janganlah kita menconteng arang di muka ibu bapa kita.

Warisan rakyat Malaysia memang luas. Antara warisan yang perlu dipertahankan ialah busana. Pakaian tradisional kita melambangkan ketinggian nilai hidup serta kehalusan hasil tangan masyarakat dahulu kala. Golongan pelajar seperti saya sewajarkan memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional. Pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya. Remaja seperti saya wajarlah memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan. Pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional. Mahukah kita melihat dengan bangganya busana tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia. Kita harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang.

Apabila kita melangkah masuk ke dapur rumah, nescaya makanan yang disediakan oleh ibu bapa kita adalah untuk melangsungkan kehidupan. Makanan merupakan keperluan hidup manusia yang terpenting selain tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang terdahulu banyak membuat kajian dan analisis tentang makanan. Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini. Oleh hal yang demikian, kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaann makanan tradisional. Jika kita membuat anjakan paradigma ini, nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya. Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda.

Peribahasa “Bagaimana acuan, begitulah kuihnya” juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia. Pada masa lapang, kita bolehlah membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau. Aktiviti seperti ini mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita. Janganlah kita berasa malu untuk menerima warisan yang sebenarnya milik kita bersama. Walaupun pemikiran orang terdahulu sanggup mempertahankan prinsip biar mati anak, jangan mati adat; golongan zaman ini boleh memperbaik keadaan dengan menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka.

Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Oleh hal yang demikian, arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar. Hakisan warisan rakyat Malaysia yang semakin serius haruslah diselamatkan daripada terus melunturkan sinar dan kekilatan warisan kita. Warisan kita tanggungjawab kita. Nenek moyang kita yang menciptanya, kita yang harus mengekalkannya. Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Ayuh rakyatku, marilah kita sama-sama menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain. Slogan Satu Malaysia harus dijadikan pegangan demi kehidupan yang lebih bersatu dan padu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

KARANGAN 3 :

Mengekalkan warisan kesenian kita

Usaha mengekalkan warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat di negara ini. Bukan hanya kepada pewaris seni dan budaya sahaja. Masyarakat Malaysia telah mewarisi pelbagai jenis kesenian. Pewaris budaya bangsa pada masa depan adalah generasi hari ini. Melalui pendidikan warisan kesenian bangsa dapat dipelajari.Bagi membina remaja yang cemerlang dan memahami budaya, mereka mestilah memahami dan menghayati budaya bangsa. Budaya bangsa adalah asas kepada pembentukan kebudayaan kebangsaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Asas kehidupan budaya kebangsaan adalah berteraskan kebudayaan rakyat asal di rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan kebangsaan. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan itu. Agama dan kebudayaan sangat berkait rapat dengan kehidupan.

Fenomena pada masa kini, kalangan remaja lebih mengenali “budaya luar” atau budaya Barat yang dibawa masuk melalui TV dan juga Internet. Perkara ini seharusnya tidak berlaku jika remaja dididik dan diberi kefahaman tentang uniknya budaya tempatan di Malaysia.Sebagai contoh, muzik dan tari ciri kehidupan yang melahirkan gerak irama, menghantar manusia ke alam luas, jauh dan syahdu. Rentak dan genderang memberi semangat kepada pahlawan yang sedang berjuang. Rayuan gita (lagu) harapan ibu dikatakan mempercepatkan membesar sang bayi dalam ayunan.

Pelbagai jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi muzik, alat muzik, tarian, kraf tangan, permainan, seni bina dan lukisan. Semua warisan ini amat berharga dan bernilai kepada negara. Kalangan remaja harus memahami dan menghayati semua warisan ini.

Justeru, warisan kesenian ini juga menjadi aset dan tarikan para pelancong. Sebagai contoh, jenis-jenis muzik Melayu tradisional antaranya ialah muzik makyung, Mek  Mulung, Ghazal, wayang kulit dan sebagainya.

Di Sabah saja mempunyai kira-kira 32 jenis tarian daripada pelbagai jenis etnik. Tarian Mongigol Sumundai, Sumayau dan Semazau Penampang merupakan beberapa jenis tarian untuk pemujaan semangat. Di Pahang ada Tarian Labi-Labi dan Tarian Pelanduk yang unik dan perlu diketengahkan selain masih banyak lagu-lagu rakyat yang perlu dikomersialkan. Begitu juga bagi negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Kelantan.

Selain itu, bidang muzik mengikut cara bunyi dihasilkan, alat muzik tradisional kaum di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Pertama, getaran pada tali yang ditegangkan seperti alat muzik India iaitu Tampura, alat muzik Cina Erh-Hu. Kedua, di pukul pada kulit yang ditegangkan iaitu Geduk alat muzik Melayu dan Tabla alat muzik kaum IndiA.Beberapa alat muzik ini sangat penting kerana ia digunakan untuk mengiringi persembahan dalam upacara tertentu.  Selain itu, tarian-tarian suku kaum di Malaysia telah diwarisi sejak beberapa abad yang lalu. Setiap tarian tradisional mempunyai fungsi tertentu.

Kraf tangan suku kaum di Malaysia juga ada berbagai-bagai jenis. Kraf tangan ini diperbuat daripada pelbagai bahan seperti mengkuang, kayu, manik, benang, logam, tanah liat dan sebagainya. Keunikan ini harus dibanggakan oleh kita rakyat Malaysia yang kaya dengan kesenian kraf tangan.

Permainan tradisional pula dapat mewujudkan interaksi sosial dalam masyarakat selain daripada mengisi masa lapang. Pelbagai jenis permainan tradisional yang boleh didapati di kalangan  kaum di Malaysia. Setiap permainan tradisional ini menggunakan alat dan peraturan tertentu. Kita semua tentu tidak mahu, permainan Internet akan  menghapuskan permainan tradisional yang ada.

Di samping itu, seni bina merupakan satu aspek warisan budaya yang penting ke rana ia menunjukkan identiti dan kreativiti bangsa. Terdapat pelbagai bentuk seni bina warisan kaum di Malaysia. Mengenali dan mempelajarinya adalah satu usaha yang  dapat mengekalkan seni bina bangsa kita.
Bentuk-bentuk seni bina ini sangat unik terutama jika dilihat dari segi bumbung, tiang, tangga, ukiran dan sebagainya. Sebagai contoh, rumah-rumah tradisional Melayu ada beberapa bentuk. Antaranya, Rumah tiang 12, Rumah Perabung Lima, Rumah Bujang Barat, Rumah Bumbung Perak dan Rumah Perabung Panjang. Begitulah indahnya dan 
 terdapat pelbagai ciri serta bentuk rumah tradisional Melayu.

Memetik pandangan Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, sebagai berkata seni bina penting kerana ia menunjukkan nilai kreativiti seseorang dan warisan sesuatu bangsa. Ia mesti dapat disesuaikan dengan diri dan budaya kita dalam menerap kemajuan teknologi, kemajuan perniagaan dan lain-lain tanpa mengetepikan adat dan budaya bangsa Malaysia.
Menurutnya, seni bina yang mempunyai nilai-nilai sejarah perlu dipelihara agar ia tidak dilupakan dan sentiasa diingat oleh setiap golongan masyarakat. Ia juga perlu dijaga dengan baik agar masyarakat dapat melihat evolusi bangsa.

Justeru, kita juga perlu ada satu pendekatan dalam evolusi seni bina agar apa juga yang dihasilkan dapat mencerminkan budaya dan masyarakat kita sendiri dan bukan sekadar dicedok atau diambil dari pengaruh-pengaruh luar atau internet. Media adalah suatu yang dinamik. Kita tidak boleh terima apa saja yang disiarkan, tetapi ia perlu ditapis.
Sebagai contoh, Istana Budaya setaraf dengan Royal Albert Hall di London. Reka bentuknya mementingkan ciri-ciri kebudayaan Melayu. Tapak bangunan ini direka berdasarkan wau bulan. Bumbung Istana Budaya berkonsepkan gubahan sirih junjung. Ruang dalamnya berkonsepkan rumah Melayu.

Sementara itu, lukisan suku kaum di Malaysia juga merupakan satu cabang seni yang tinggi nilainya. Sebagai contoh, orang Cina menggunakan motif hiasan yang pelbagai dalam seni lukisan berdasarkan lagenda, falsafah, sejarah dan tradisi aliran agama Buddha, pengajaran Tao dan Confucious. Simbol lukisan orang-orang Cina berbeza daripada simbol budaya lain kerana sesuatu corak yang dipilih mempunyai makna yang tersendiri.
Justeru, kita mengharapkan generasi muda pada masa kini dapat memahami unsur budaya dan pelbagai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang memahami budaya tradisional  masyarakatnya.

Kelainan dan kesatuan ini menjadikan budaya masyarakat Malaysia sangat unik dan menjadi daya tarikan para pelancong dari luar negara. Mereka melihat semua warisan kesenian pelbagai kaum sebagai satu seni yang unik dan dapat menyatupadukan perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Hakikatnya, Malaysia  mengandungi berbagai-bagai masyarakat dan budaya; tetapi apa yang dicita-citakan oleh kita semua pada satu peringkat, ialah integrasi yang melampaui masyarakat dan budaya yang berbagai-bagai-bagai. Integrasi inilah yang dapat dijalinkan  bagi memperkukuhkan perpaduan dan dapat dirasakan oleh rakyat Malaysia sebagai kebudayaan nasional mereka.

KARANGAN 4 :

KEPENTINGAN MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN BANGSA

Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya iniharus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan carahidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dansebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita smakin lenyap ditelan arus pemodenan.Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifatmajmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentukpotongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yangditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkankita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kitabebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan salingmengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yangdikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilaitradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada harikebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita salingmenerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat Deepavali”keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim,seterusnya memupuk perpaduan.Salah satu tarikan pelancongan ialah keunikan budaya tradisional kita, misalnya persembahan teatertradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyakpelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yangtinggal bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita di samping menghayati kekayaamwarisan bumi seperti keunikan dan keindahan pantai, landskap dan hutan Malaysia.. Tidak kurang pulayang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untukmengembangkan pelancongan.Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kitamengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentangkesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugismengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentangKesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni jugamerupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang adapada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budayanegara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkanwarisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkanseni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, BankMuamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugatkedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulahdikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulanmakyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistempendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha inimemberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akanterus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebihdekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”.Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia haruslahdigalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kita kian dilupai.Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap .



Karangan 5-:


Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita smakin lenyap ditelan arus pemodenan. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.

 Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan. Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.

 Salah satu tarikan pelancongan ialah keunikan budaya tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita di samping menghayati kekayaam warisan bumi seperti keunikan dan keindahan pantai, landskap dan hutan Malaysia.. Tidak kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan. Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.

 Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa. Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.

 Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”. Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakan melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian, yang merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “Malaysia Hari lni” dan “Selamat Pagi Malaysia”.

 Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi “biar mati anak,jangan mati adat”. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan. 



Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

BAB 9:LARAS BAHASA

STRESS